L-E-M-B-A-R-A-N

2009-08-19

8.8.09....Kisah Aku dan Bapaku....


8.82009 ialah tarikh bermakna buat diri ayahanda serta diriku,kerana pada tarikh itulah beliau telah meninggalkanku dan tidak salah aku lakarkan warkah teknologi ini di dalam layar maya ini bukan?:(

entri ini bukanlah untuk mengagungkan atau memuja-muja seorang makhluk ciptaan Allah tetapi sekadar untuk menunjukkan betapa melangitnya kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

sebenarnya, aku tidak perlukan tarikh ini untuk menunjukkan betapa utuhnya kasih sayang aku kepadanya kerana aku tahu ayah dapat merasai kecintaan aku kepadanya walaupun aku tidak mengungkapnya.


sebenarnya, ayah adalah satu-satunya lelaki yang memahamiku dari segala sudut.
lelaki yang sentiasa teguh dalam pendiriannya serta tidak pernah letih melayan perangai seseorang macam aku.

lelaki yang tidak keterlaluan saya katakan sebagai pemilik hampir separuh jiwa aku. kongsi jiwa aku bersama umiku. hati aku milik mereka.


bagi lelaki ini, akulah harta nya. akulah hadiah termahal dan terbaik untuknya. walaupun aku tidak berjaya menjadi anak yang setiap ibu bapa idamkan, tapi aku tahu, dalam hatinya aku tetap juara. aku tetap terbaik. aku tidak bagus tapi aku bangga menjadi yang terbaik untuk mereka.


sebenarnya, ayah hanya manusia biasa sahaja, tapi bagi aku, beliau ialah raja kayangan yang diturunkan untuk memberi kebahagian kepada anak jagaannya.
anak jagaannya yang ada 6 orang sudah cukup untuk memenuhi kebahagiaan di dalam kotak hatinya :)


bagi seseorang yang bernama Aiman, tiada suara yang lebih mendamaikan melainkan suara ayahandanya memberi nasihat. walaupun aku sering degil dan endah tidak endah, tapi tanpa suara keramat itu, aku tiada kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan.


jika orang bertanyakan, di manakah lelaki yang berkualiti semuanya hilang?
ingin saya khabarkan, salah seorangnya bersama saya :)

dan kini ia telah HILANG..............:((((((((