Lama betul tak update blog.Sebenarnya lupa pasword.Tu yang tak update.Tapi sekarang da tak bermakna lagi pun kalau nak update.Hubungan kami gagal.Kegagalan dalam percintaan adakalanya tidak dapat dielakkan. Aku tidaklah mahu menyentuh perihal jenis lelaki, tetapi secara umumnya aku ialah lelaki yang mengenal erti dan menghargai cinta dan kasih sayang, dan bukan pula “cinta monyet”.
Berbeza dengan dia, seolah-olah bagi dia masa telah terhenti, seperti esok tak akan ada muncul lagi, umpama matahari terbenam selamanya. Kemudian dia menangis dan mengadu kepada penasihat cinta iaitu kawan-kawan, adik beradik dan yang paling aku benci sekali orang yang cuba nak mengambil kesempatan atas permasalahan dia. Tetapi aku, aku dapat menghadapinya dengan tabah, mungkin untuk sehari dua atau seminggu, sebenarnya aku lebih banyak mendiamkan diri dengan membawa diri membua kerja berkaitan sekolah, membuat self reflection mengenai kesilapan yang telah dilakukan dan cuba perbaiki diri. Dan seterusnya membuat perancangan seterusnya, sama ada ingin mencuba lagi tanpa tergesa-gesa ataupun menunggu waktu yang menentukan pertemuan jodoh itu.
Kalau aku menangis pun, hanya aku seorang sahaja yang tahu.Aku takkan menangis walau di depan teman rapat sendiri. Bagi aku, setakat itu sahaja perjuangan aku bersamanya.. Mengadu kepada teman rapat tidak akan dapat memutarkan masa atau mendapatkan semula si dia tetapi tidak salah untuk mencuba bergantung pada sebab dan akibatnya.Tetapi buat masa ni,cadangan itu aku tolak jauh-jauh dulu.Aku tak mahu mengongsikan atau meluahkan atau mengadu mengenai kegagalan cinta disebabkan aku tidak mahu terpengaruh dengan nasihat teman rapat mereka, takut rakanku bukannya meredakan tekanan sebaliknya menyembur minyak ke atas api. Mungkin aku ada berkongsi bersama teman rapat, tetapi bekongsi secara santai sahaja. Jika ada bertanyakan mengenai kami, dengan mudah sahaja aku menjawab “ntah la”.
Selepas semua itu aku akan cuba mengisikan masa aku dengan pelbagai aktiviti bersama teman-teman, semata-mata untuk melupakan peristiwa yang telah berlaku.Cuba mendekatkan diri kepada Tuhan dan menganggap ini adalah suratan, takdir tiada jodoh. Sikitpun aku tidak dapat melupakan dia,cinta pertama aku kot tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan peristiwa yang lalu. Gambar-gambar dalam laptop aku sorok jauh-jauh dalam folder, hadiah-hadiah, segala pemberian termasuklah cincin yang pernah diberi dahulu, aku simpan kemas-kemas dalam almari
Kegagalan dalam percintaan akan membuat aku berubah terutama sekali persepsi terhadap perempuan. Kepercayaan untuk jatuh cinta semula mungkin tipis. Namun aku tidak berputus asa dan mengharapkan cinta sejati itu datang sekali lagi. Tetapi percayalah, Tuhan menciptakan setiap sesuatu itu secara berpasangan. Sekeras-keras hati lelaki setelah gagal dalam cinta, pastinya ada kunci yang dapat membuka hati mereka. Jodoh pertemuan ditangan Tuhan, kita hanyalah merancang.
p/s: Lain parang lain tajam, lain orang lain ragam.